Rasulullah s.a.w bersabda :

Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna
maka keluarlah DOSA dari tubuhnya
sehingga dari bawah kukunya juga
HADIS RIWAYAT MUSLIM ^_
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
Lidah boleh membawa kebaikan
dan keburukan dalam hidup manusia, kita
perlu sentiasa berwaspada menggunakan
lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata
lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah
apabila bercakap.
“Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta Kotor lidahnya"
(Hadis riwayat Imam Tirmidzi)
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah..”
”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah..”
(Hadis Riwayat Ibnu Mas’ud)
- Jika dijaga dengan rapi PERHIASAN tersebut maka baik dan eloklah dia,
- Jika tidak dijaga dengan baik dan rapi makan rosaklah dia..
- Wanita yang taat serta patuh adalah wanita yang mengikut segala perintah dan arahan yang telah ditetapkan oleh syariat islam
- JADILAH PERMATA YANG BERADA DI DALAM KACA DARIPADA PERMATA YANG BERADA DITEPI JALAN kerana ada makna yang terselit disebaliknya...^_^
Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

"Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak menzaliminya dan tidak mengecewakannya (membiarkannya menderita) dan tidak merosaknya (kehormatan dan nama baiknya)."
(HR. Muslim)
•say Alhamdulillah.. TQ Allah..♥
• i said : My sin are to many.
• Allah said :'' And who can forgive sins except Allah?'' [3:135]
• I said : Dont leave me.
• Allah said :'' So remember Me; I will remember you'' [2:152]
• I said : I'm facing a lot of dificulties in life.
• Allah said :'' And whoever fears Allah; He will make for him ways out.'' [65:2]
•I said : I have many dreams that I want come true.
•Allah said : '' Call upon me; I will respond to you'' [40:60]
*[[this why we need to read quran, there to many answer for our problem]]
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya...

"ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah) jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati"
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"SIFAT TAWAKAL MEMBAWA KE SYURGA"
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda,
“Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya)”.
Hadis riwayat Muslim...
Diriwayatkan daripada Anas r.a:
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
(al-Bukhari)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya.”
Riwayat Bukhari
[Jagalah Allah, Nescaya Allah Akan Menjagamu]
Dari Ibnu Abbas RA, katanya:

lalu baginda bersabda:
Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu,
peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu,
dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika
engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah,
dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan
(ditakdirkan) oleh Allah,
dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana
keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah.
Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku."
[Hadis Hasan Sahih Riwayat Imam Tirmidzi]
UMAR AL-KHATTAB
"Aku mengamati semua Sahabat,
dan tidak menemukan sahabat yang lebih Baik daripada menjaga Lidah.
Aku memikirkan tentang Semua Pakaian,
tetapi tidak menemukan pakaian yang Lebih Baik daripada TaQwa.
Aku merenungkan tentang segala jenis Amal Baik,
namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi Nasihat Baik.
Aku mencari segala bentuk Rezeki,
tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada Sabar."
SYAIR SHOLATULLAH SALAMULLAH
(MAJLIS NURUL MUSTOFHA)
Sungguh beruntung wahai manusia
jika bertemu nabi yang mulia
wajahnya indah bagai purnama
kata-katanya bagai permata
Nabi bersabda pada umatnya
banyaklah bersholawat padanya
turunlah rahmat ampunan dosa
dari Allah Yang Maha Esa
hidup ini tak akan lama
dunia ini fatamorgana
penuhilah amal yang mulia
agar mencapai tempat di syurga
wahai manusia tua dan muda
ingatlah mati di depan mata
amal mulia masuk ke syurga
amal durhaka masuk neraka
hidup senang bukan banyak ruang
hidup senang hatinya senang
hati yang senang hati yang tenang
hati yang senang imannya menang
hidup senang bukan banyak ruang
hidup senang hatinya tenang
hati yg tenang hati yg senang
hati yg senang imannya menang
اَللَّهُمَّ صَلِّ ۈسَلّمْ عَلَى سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلَى آلِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
Allah Allahu Akbar..
Sabda Rasulullah SAW:

“Tiada amal yang lebih afdhal (pahalanya) daripada hari-hari ini” para sahabat bertanya: walaupun Jihad?, Rasul SAW bersabda: “Walau Jihad, kecuali ia keluar dengan diri dan semua hartanya, dan tak kembali keduanya.”
(Shahih Bukhari)
~ Petuah Imam Syafie~
Empat perkara menguatkan badan:
1. makan daging
2. memakai haruman/wewangian
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan:
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merusakkan mata:
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran:
1. tidak banyak berbual kosong/omomg kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap/berdialog dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama/orang solleh
Antara wasiat kekasihku, Nabi Muhammad SAW
kepada Saidina Ali r.a:
Segala sesuatu itu ada penyakitnya,
√ Penyakit berkata-kata adalah bohong.
√ Penyakit ilmu adalah lupa.
√ Penyakit ibadah adalah riak.
√ Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri.
√ Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian.
√ Penyakit bangsawan adalah merasa bangga.
√ Penyakit malu adalah lemah.
√ Penyakit mulia adalah menonjolkan diri.
√ Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan.
√ Penyakit agama adalah hawa nafsu.
~ Iman dan Islam adalah dua benda yang berbeza ~
IMAN dan ISLAM adalah dua benda yang berbeza. Kerana Allah telah berfirman :
"Orang-orang arab badui berkata 'kami telah beriman'. Katakanlah kamu belum beriman, tetapi katakanlah 'Kami telah tunduk (islam)' kerana iman belum masuk ke dalam hati kalian."
(Al-Hujurat : 14)
Islam adalah agama lahir
Iman adalah amalan hati
Kalau iman kuat islam pasti kuat
Tapi kalau islam kuat, belum tentu imannya kuat
Sebab tu Allah sering mengingatkan kita dalam firmannya :
"Maka siapa yang mengamalkan amal soleh sedang dia beriman, maka usahanya itu tidak akan disia-siakan"
(Al-Anbiya': 94)
" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh akan memperolehi syurga yang penuh kenikmatan"
(Luqman : 8)
Rasullulah SAW bersabda :
"Syaitan mengikat ubun-ubun seorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan. Apabila dia bangun dan menyebut nama Allah (Bismillahir Rahmanir Rahim),terbuka satu ikatan. Apabila dia mengambil wudhu', terbuka ikatan kedua.Dan apabila dia terus mengerjakan solat, terbuka ikatan ketiga. Lalu dia cergas. Jika tidak, syaitan itu akan kencing di kedua telinganya."
(Riwayat Abu Hurairah)
![]() |
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Salam Mahabbah sahabat semua...
Sesungguhnya Engakau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cinta-Mu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah Cintanya
Tunjukkilah jalan-jalannya
Terangi dengan cahaya-Mu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi..bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
Dengan kurnia Iman dan
Indahnya tawakkal pada-Mu
Hidupkanlah dengan maghrifah-Mu
Matikanlah dalam syahid di jalan-Mu
Engkaulah pelindung dan pembela
Amiin Amiin Amiin Ya Rabbal 'Alamin....





