Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah, ucaplah alhamdulillah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk bertaubat dan mecari keredhaan Allah saban hari.
Kali ni KITA berkongsi mengenai Aurat, saya ni bukanlah menutup aurat dengan sempurna pun, tapi moga kita semua saling berpesan2 lillahi taala ya
Sampai bila yang bertudung labuh nak perkecilkan yang tak menutup aurat? Dan sampai bila yang tak smpurna menutup aurat nak mmbenci yang bertudung labuh? Kita saudara seIslam, sama shaja. Hanya Allah yang paling layak menilai. Iman dan taqwalah nilaianNya, tapi ramai wanita yang tak menutup aurat dengan sempurna itu baik. Wanita yang menutup aurat dengan sempurna pun ramai yang tiada akhlak. Tapi yang bersalah adalah wanita itu, bukan tudung labuhnya. Walaupun akhlaknya teruk, sekurang2nya dia sudah terlepas daripada dosa mendedahkn aurat. Bagi yang tak menutup aurat pula. Dia mungkin dimuliakan allah dengan kebaikannya, tapi dia tak akan lari dari dosanya yang tak menutup aurat.
Tapi kan, saya kadang-kadang terfikir kenapa yang tak tutup aurat, terutamanya tak tutup rambut dia ni masih tak sedar akan hal ini. Padahal di mana-mana pun orang akan menekankan isu ni. Jadi, setelah buat research,, ( haha ) saya dah kaji ( cewah ) alasan2 bagi mereka yang tak tutup aurat, moga kita semua dilindungi olehNya, ya akhowat
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
-”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
-“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan: Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?
Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
Jawapan: Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
Jawapan: Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
Jawapan: Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” – (Surah an-Nur ayat 31)
jadi, adakah alasan2 ini boleh diguna pakai?? semestinya tidak ( tengok, kan dah ada jawapan, syukran kepada penulis yang sangat berwibawa ini ) jadi ya akhowat, sudah ada jawapan2 bagi kita untuk menjawab hujah2 dan alasan2 yang sering diberi oleh mereka ini,, dan bagi yang masih "tak sampai seru" ,, anda tahu kan,, tepuk dada,, tanya iman.. InsyaAllah
jadi, jom jadi muslimah sejati, ya akhowat ! doakan semua dalam kalangan kita akan menjadi wanita solehah yang menjaga maruah diri, keluarga, dan yang paling penting agama kita yang tercinta iaitu Islam ! bagaimana caranya ??? senang sahaja,, :D
haa,, kan..? senang kan?? tak susah pun,, cuba sedikit demi sedikit,, jangan terlalu drastik,, insyaAllah, dengan niat murni kita untu berubah,, Allah akan sentiasa bersama kita menempuh segala dugaan ini,, tengok kalau kita pakai tudung,, apa hasilnya,,,?? hehehehe.. :D
Kenapa pakai tudung?
Biasanya ini alasan kaum hawa pada masa kini yang memakai tudung :
a)kerana gaya,meniru artist2 dan terasa cantik bila tgk model majalah pakai tudung.
b)terpaksa memakai tudung kerana keluarga mereka semua memakai tudung
c)memakai tudung hanya kerana sekolah mewajibkan memakai tudung
d)couple/pakwe/makwe/gerek/boypren/bakalsuami/suruh pakai tudung.
e)ni khas untuk yg ada restoran:pakai tudung sebab takut rambut masuk dalam masakan
Ada lagi alasan? meh tambah lagi
Jadi,perbaikilah alasan anda. Sesungguhnya Allah telah mengaturkan segalanya itu demi kebaikan umat manusia. Ini telah dibuktikan dari segi sains:
1)Merujuk artikel "The Science Behind the Veil" mengatakan 'Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutama dimusim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain'.
2)V.G. Rocine, seorang pakar otak mengatakan fosforus otak menjadi cair pada 108 suhu Farenheit. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah keadaaan panas terik tanpa menutup kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun. Hal ini dinyatakan dalamwww.islamonline.net/english/Science.
3)Dalam artikel lain pula iaitu Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Reserch Institute Online, dinyatakan, "sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Farenheit, ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini menjejaskan kesihatan otak. Justeru, kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas".
4)Mereka yang memakai tudung tidak terpengaruh secara menyeluruh dengan pewarna rambut,menurut pakar sains ,pewarna rambut mempunyai bahan yang boleh merosakkan kulit kepala apabila terdedah dengan matahari dan kesejukan.haaaa..xsehat la rambut kita kan..
Allah Taala berfirman, Maksudnya:Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa biasa nampak aripadanya (iaitu wajah dan kedua-dua telapak tangan) dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan kain tudung mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara-daudara wanita mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak punya keinginan (nafsu seks) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita �(al-Nur : 31).
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”(surah al-Ahzab ayat 59)
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.
Lagipun kan, kalau kita tutup aurat berbanding dengan tak tutup aurat, mana lagi menjadi pilihan ikhwan Islam di luar sana ?? fikir-fikirkan :D
Ingatlah sahabatku yang amat aku sayangi, kita ini property of Islam, nama kita ini Islam, jadi kita bawa maruah Islam bersama kita, janganlah dengan pakaian kita, mencemarkan agama Islam yang sudah lama diperjuangkan oleh Rasulullah dan sahabat, yang diidamkan untuk menjadi agama yang masyhur di mata dunia oleh mujahidah ansorullah, jangan kita musnahkan semua harapan mereka, sebaliknya jom kita sama2 join mereka, agar Islam bangkit suatu hari nanti, InsyaAllah
Akhir kata, tiada siapa yang dapat mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri, ya akhowat..berubahlah demi Allah dan Rasulullah, ibu bapa, keluarga, dan agama. InsyaAllah mudah-mudahan diri kita semua diberkati dan dirahmati fid dunia wal aakhirah..
Wallahua'alam,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..